Tuesday, May 26, 2009

1.Awetrempit

2.Aznil hj.nawawi

3.Linda Onn

link member saya

Kalau nak tahu isu-isu terkini,sila masuk ke blog kawan saya:

1. Utusan Malaysia
2. Blog Linda Onn
3.Blog Fara Fauzana

Ana Edar

Awas! Hindarkan daripada Skim Pelaburan / Skim Cepat KayaSYARIKAT ANA EDAR SDN. BHD. TIDAK TERLIBAT

Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. baru-baru ini mendapat laporan bahawa ada skim pelaburan yang dijalankan atas nama Syarikat Ana Edar Sdn. Bhd. dengan cara membayar sejumlah wang dengan jaminan akan mendapat sejumlah bonus dalam jangka masa tertentu.
Syarikat ingin menegaskan bahawa skim tersebut tidak mendapat tauliah atau kelulusan syarikat dan dengan itu adalah tidak sah bahkan menyalahi undang-undang.
Syarikat telah pun bersemuka dan meminta penjelasan daripada pihak yang terlibat dan seterusnya mencapai kata putus bahawa skim seperti ini tidak wajar diteruskan atas nama apa sekalipun. Pihak syarikat juga mendapat komitmen daripada pihak berkenaan agar semua wang yang diterima daripada para 'pelabur' dipulangkan segera.

Syarikat sekali lagi dengan tegas dan tanpa kompromi menolak sebarang bentuk perniagaan, pelaburan, skim cepat kaya yang mengelirukan serta tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa kerana berleluasanya kegiatan ini sangat merugikan pengguna serta memberi tanggapan dan gambaran negatif kepada semua syarikat jualan langsung.
Marilah kita bersama menjaga etika perniagaan MLM serta mematuhi Akta Jualan Langsung ke arah mewujudkan suasana jualan langsung yang bersih serta benar-benar membantu dalam membina ekonomi ummah dan negara yang lebih kukuh, Insya Allah. Wallahu a'lam.

pelan pemasaran

peluang perniagaan

Sekitar Kursus Asas Keusahawanan Ana Edar Sdn Bhd 11 Ogos 2007

Peserta manfaatkan sesi untuk mempertingkatkan kecemerlangan diri & usaha

Ustazah Siti Nor Bahyah - Berkongsi tips bernas dan canggih untuk para usahawan
Sebuah Kursus Asas Keusahawan telah dengan berjayanya dijalankan pada 11 Ogos lepas yang menyajikan diskusi berilmu sebagai panduan kepada para usahawan yang baru menapak ke dalam arena perniagaan, mahupun mereka yang sudah 'veteran'.
Ini adalah kerana ilmu yang dicurahkan serta pengalaman yang dikongsi oleh para penceramah adalah asas-asas yang sangat perlu diamalkan bukan sahaja di dalam perniagaan yang baru bermula, tetapi juga dalanm perniagaan yang sudah bertapak lama.
Kursus yang menjurus kepada perniagaan MLM tetapi masih sesuai untuk semua jenis perniagaan telah disempurnakan dengan penyampaian sijil oleh pendakwah popular tanah air Ustaz Wan Akashah serta isteri beliau Ustazah Siti Nor Bahyah. Para peserta yang ditemui menyatakan rasa puas hati dan penuh semangat dengan tips serta panduan yang dikongsi oleh semua penceramah.
Sesi pertama yang dikendali oleh Encik Anuarosli Salleh, menekankan kepentingan perubahan dalam hidup dan pergerakan seorang usahawan. Beliau membangkitkan masalah sebahagian peniaga yang masih melakukan perkara yang sama sedangkan terbukti bahawa perkara itu tidak mendatangkan hasil yang dikehendaki. Selain itu beliau turut mengingatkan bahawa harapan dan cita-cita perlu seiring sejalan dengan usaha yang dilakukan, dan jangan kita terpedaya dengan angan-angan yang tidak diikuti dengan tindakan yang sesuai.

Sesi kedua pula dibentang oleh Ustaz Azrizaz Aziz yang bertanggungjawab memformulasi produk Qaseh Kekanda & Adinda yang hangat di pasaran. Beliau menceritakan secara terperinci tentang khasiat kandungan Qaseh yang terdiri daripada makanan berasaskan Al-Quran dan Sunnah serta digabung dengan beberapa ramuan tradisi lain. Beliau juga menyentuh tentang proses IMP (Islamic Manufacturing Practice) sebagai teras kepada penyediaan produk yang halal dan suci dari sudut fizikal dan rohani.

Akhir sekali, penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Wan Akashah serta Ustazah Siti Nor Bahyah telah tampil untuk berkongsi pendapat, pandangan dan pengalaman mereka menceburi bidang perniagaan. Ustaz Wan Akashah mengingatkan para jemaah tentang penting melahirkan usahawan yang kaliber serta setanding dengan usahawan bangsa asing agar memperlihatkan kebesaran dan kemuliaan Islam, serta mewujudkan barisan usahawan yang mampu mencerahkan masa depan ummah. Ustazah Siti Nor Bahyah pula memantapkan kursus dengan berkongsi 15 tips 'S' yang membantu para usahawan mengejar impian dalam keadaan yang diredhai Allah, termasuklah menerapkan sifat Sabar, Sungguh-sungguh, Syukur, Setia, Solat dan sebagainya.

Mudah-mudahan kursus ini akan membantu para usahawan untuk terus berjuang dalam jihad perniagaan yang sangat-sangat perlu dikalangan ummat Islam hari ini. Wallahua'lam.